Penang
Hill adalah nama sebutan dalam Bahasa Inggeris untuk Bukit Bendera yang berada
di Pulau Penang, Malaysia. Nama awalnya adalah Bukit Bendera Pulau Penang atau
Flag Hill.Disebabkan bukit ini menjadi titik tertinggi(830 meter dari paras
laut )iaitu dapat melihat keseluruhan bandar George Town maka bukit ini disebut
menjadi Bukit Penang atau Penang Hill yang telah dibuka kepada orang awam dan
juga para pelancong sejak tahun 1996 dan tempat ini telah menjadi tempat
popular di kalangan penduduk pulau pinang bagi membawa keluarga bersiaran .
Bandar George Town dari Penang Hill
Kalau mahu ke Penang Hill dari George Town, boleh terus naik bus Rapid laluan
Air Itam (201) dengan harga tambang
rm2.70. Lokasinya sangat dekat dengan Kek Lok Si Temple, namun berada di sisi
bukit yang bertentangan. Tiba di depan gerbang bertuliskan Kereta Api Bukit
Bendera 1923, kita bole terus membeli tiket kereta disebelah kanan.Tiket
beharga rm8 bagi dewasa dan rm5 bagi kanak-kanak (dibawah umur 12 tahun).Harga tiket
tersebut khas untuk pengunjung yang warganegara Malaysia dan berbeza bagi bukan
warganegara Malaysia misalnya para pelancong. Seterusnya masuk ke kereta api
dengan berbaris bagi menunggu giliran .Terdapat 2 buah kereta api yang akan
begilir turun dan naik yang mengambil masa dalam 20-25minit.Perjalanan kereta
ke Penang Hill mengambil masa 15 minit dan kereta api ini telah dibina 1906.Dalam
pejalanan naik ke atas kereta api ini akan melalui terowong sepanjang 10 meter.
Kereta yang dipakai kini merupakan kereta terbaru dengan kemampuan memuatkan 80
tan .
Semasa
tiba di Penang Hill,sangat kelihatan pegaruh binaan eropah seperti bangunan
bangunan yang ada .Terdapat golf car untuk disewa di atas bagi pengunjung yang
tidak larat ataupun malas hendak bejalan kaki mengelilingi kawasan atas . Namun
jalan kaki merupakan pilihan yang tepat karena udara yang sejuk dan dengan
ada nya pokok yang rendang bagi mengelakan daripada terkena pancaran matahari.Fasilitasi
di Penang Hill sangat lengkap, disini ada restoran dengan view yang
menakjubkan, hotel berbintang (Hotel Bellevue), kios cinderamata, penjual
makanan dan cemilan, food court, museum, kafe hingga tempat mainan
kanak-kanak. Yang paling menarik adalah Museum Burung Hantu (Owl Museum), Kuil
Hindu India dan sebuah Masjid kecil berkubah emas.
Setelah
makan tengahari di food court, masuk ke dalam Museum Burung Hantu dengan bayaran
10 RM. Dibahagian depan bangunan food court terdapat hall terbuka dan salah satu
gerbang kereta kayu yang pernah dipakai di Penang Hill. Naik ke atas lagi, ada
taman permainan kanak-kanak yang bersebelahan dengan Kuil Hindu India dan
Masjid. Paling terakhir jika menyusuri jalan di Penang Hill, terdapat bangunan
tempat pejabat pentadbiran. Namun sayang sekali bangunan tersebut tidak boleh masuk untuk orang awam. Sebelum balik ke
George Town dengan Rapid Bus 201, terdapat teropong disediakan untuk melihat
permandangan di sekitar George town. Hanya membayar 1 RM, untuk melihat selama 5
minit.
No comments:
Post a Comment