CITA RASA MAKANAN SARAWAK

CITARASA SELERA MASYARAKAT NEGERI SARAWAK



Sarawak yang dikenali sebagai negeri Bumi Kenyalang mempunyai pelbagai makanan tradisional. Sarawak terkenal dengan makanan yang bermacam-macam jenis dengan pelbagai rasa. Makanan terkenal yang terdapat di Sarawak adalah seperti kek lapis Sarawak, mee kolok, laksa Sarawak, manok pansoh, mee dawai, umai dan lain-lain lagi. Kek lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak. Kek lapis sarawak sangat popular terutamanya ketika perayaan seperti sambutan hari raya, hari gawai, tahun baru cina, krismas dan juga hari-hari biasa. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak. Setiap kek mempunyai nama yang berbeza-beza. Perniagaan kek lapis di Sarawak sangat popular dan mendapat sambutan dari orang Sarawak sendiri dan juga orang luar. Harga kek juga bergantung dengan saiz kek, perisa dan corak kek. 













Laksa Sarawak antara makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak lazimnya  berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara. Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal belacan untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi. 










Selain laksa sarawak, mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak. Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan melayu dan cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering. Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.













Manakala mee dawai pula mee yang banyak terdapat di Kuching iaitu bandaraya Sarawak. Meskipun tidak ramai penduduk luar Sarawak yang tahu akan mee ini, tetapi penduduk di Sarawak sendiri menggemari mee dawai. Mee dawai rasanya keras dan rangup. Rasanya amat berbeza dengan rasa mee yang lain. Dan ditambah dengan sos atau kuah yang seakan-akan tomyam menyebabkan tekstur dan rasanya menarik serta sedap.








Manok pansoh adalah sejenis makanan tradisional yang popular juga di Sarawak. Manok pansoh adalah ayam yang di masak di dalam buluh. Makanan ini adalah berasal daripada makanan tradisional kaum Iban di Sarawak. Cara penyediaannya adalah ayam dimasukkan di dalam buluh dengan perasa, bawang, halia, bunga kantan, serai dan daun ubi kayu. Kegunaan daun ubi kayu adalah untuk menutup permukaan buluh. Cara memasaknya adalah sama dengan cara memasak lemang. selain itu disebabkan kepelbagaian kaum di Sarawak, setiap kaum mempunyai citarasa yang berbeza dan termasuk juga penggunaan bahan dan cara penyediaan.











Umai pula merupakan makanan yang berasal dari kaum Melanau di Sarawak. Semua penduduk sarawak yang berbagai kaum menggemari umai. Ianya disediakan dari ikan yang mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dipotong kecil-kecil seterusnya diperap bersama limau, bawang merah dan cili. Ianya juga dicampur dengan bahan perasa yang lain. Umai yang biasa dijumpai adalah umai ikan dan umai udang. Umai lebih sedap dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.














'Teh c-peng special'sangat terkenal di sarawak tidak mengira bangsa. Minuman juga di kenali sebagai 'tree layer tea' mengandungi tiga lapisan iaitu gula melaka atau pandan, krimer sejat dan teh pekat diatas. kebiasaan di minum sejuk. kelainan yang di miliki teh ini ialah perbezaan gula yang digunakan. Kebiasaan masyarakat sarawak akan menggunakan gula apong/gula melaka dan terdapat yang berperisa pandan untuk membuat teh. Dengan campuran tersebut gabungan rasa lemak pada teh lebih terangkat.



Disediakan oleh 
 Saddam Bin Khalid

No comments:

Post a Comment

MINANGKABAU TRIP

Minangkabau ialah tempat yang terbaikuntuk dilawati.. Jom kenali Minangkabau