TRIP DI JOGJAKARTA

Kali ini aku hendak berkongsi trip pengembaraan kami tempoh hari seramai 7 orang di Jogjakarta selama 3 Hari 2 Malam.
Total hangus hanya RM170 sahaja seorang. Perbelanjaan tersebut termasuk pengangkutan, makan minum, entrance fee, parking, aktiviti-aktiviti sepanjang kami berada di sana serta penginapan (tidur dalam khemah je, hehe). Oh ya, tiket kapal terbang dan ole-ole tidak termasuk ye.
Apa yang menarik di Jogjakarta? Orang Malaysia ni kalau hendak melancong ke Indonesia, biasanya pergi ke Bali, Bandung, tidakpun Lombok.
Tetapi sejak filem “Ada Apa Dengan Cinta 2” dimainkan pada awal tahun, Jogjakarta tiba-tiba menjadi HITZ cakap kau, kerana dalam filem AADC2 shooting di Jogjakarta. Oleh itu, secara tidak langsung ianya mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di Jogjakarta.
Bukan itu sahaja, hasil dari viral story trip travaller dari Malaysia yang pergi ke Jogja juga membuatkan kita semua ingin pergi ke sana. Hashtag kononnya mencari si Rangga dan Cinta. Hahahaha.
Biasanya orang-orang Malaysia kalau pergi ke Jogjakarta pasti akan singgah ke Borobudur, Prambanan, Hutan Pinus, Kalibiru, Gumuk Pasir, Gereja Merpati, Pantai Timang dan tempat-tempat yang ada di dalam AADC2.
Tetapi kami pula sebaliknya, kami tidak la pergi kesemua tempat tersebut kerana that place too mainstream bagi kami. Chewah. Padahal kami sebenarnya kekangan masa untuk cover semua itu. Hihi
Ok, disebabkan majoriti dari kalangan kami menyukai aktiviti-aktiviti hiking (mendaki), maka terjadilah planning mendaki gunung di Jogja.
Jangan disangka Jogja hanya mempunyai tempat-tempat bersejarah je tau, tetapi juga terdapat banyak gunung–ganang bahkan mempunyai lebih 20 gunung di Jogjakarta.
Aku akan ceritakan secara terperinci sepanjang kami di sana. Trip kali ini diketuai oleh member aku Pijan Si Rambut Mop Lantai. Sepanjang di Jogjakarta, kami cover tempat seperti Gunung Andong-Kalibiru-Pantai Kesirat-Pulau Timang-Malioboro.
Mohon Fokus ya mas dan mbak. Hehhe, kalau boleh beli popcorn dulu sebelum membaca. Huhu.
Hari Pertama, Ahad ( 4/9/2016 )
9.45 a.m : Berlepas ke Jogjakarta dari KLIA2, semestinya fly dengan flight pilihan ramai tambang murah iaitu AirAsia, kami dapat tiket murah-murah jer. RM60 RETURN. Hehhe. Sayang Pak Tony.
Biasanya harga tiket dari KUL ke Jogja one way dalam RM200 lebih, tidak melebihi RM300. Kalau nak murah, selalu la alert dengan page Facebook Air Asia dan Airlines yang lain. Biasanya AirAsia selalu buat promo. Perjalanan hanya ambil masa 2 jam sahaja.
Dalam penerbangan tersebut, kami diedarkan satu borang imegresen untuk diisi, yang mana borang itu perlu diberi pada Pihak Pegawai Imegresen apabila sudah sampai di Airport Jogja nanti.
11. 45 a.m : Tiba di Airport Jogja, nama airport tersebut adalah Adisutjipto International Airport.
Alhamdulillah, cuaca ketika itu sangat baik. Setelah selesaikan urusan dengan pihak imegresen, kami terus mengambil bag masing–masing. Ketika itu, aku perlu menghubungi Cik Susi selaku owner van sewa.
Nasib baik di Airport tersebut ada Free Wifi, terus whatsaap Cik Susi bahawa kami sudah sampai di Airport. Mulanya, cik Susi menyuruh aku menulis nama aku di atas kertas, supaya mudah mengenalpasti aku, tetapi memang tak la aku nak buat macam tu, hahahaha.
Bilamana Cik Susi menerima whatsaap aku, Cik Susi memberitahu kami sila menunggu di luar pintu airport kerana staffnya Mas Rian yang akan memberi van sewa tersebut. Yes, sepanjang kami di sana, kami menyewa van pandu sendiri ye.
Kami sengaja tidak mahu ambil supir bukan setakat kerana mahal harganya, tetapi disebabkan kami mahukan cabaran. Dah nama pun pengembaraan, kurang best la kalau ada orang lain ikut serta, ye dak ? Hehhe.
Berani mati betul, bayangkan, bawa van tanpa bantuan supir di negara orang, dengan tidak tahu jalan dan selok beloknya, korang rasa?
Harga sewa Van (Daihatsu Lucio) IDR 300k per hari, kami sewa 2 hari setengah, jadi total sewa van sepanjang kami di sana adalah IDR 750k.
Sebenarnya sewa pandu sendiri banyak boleh berjimat tau kerana kalau ambil van+driver+minyak total hampir IDR 3juta. Tengok. Sebab itulah kami mengambil keputusan sewa pandu sendiri sahaja, selagi boleh berjimat kami akan berjimat. Hahahha.
12.30 p.m : Kami menunggu di luar pintu Airport dan mengambil van sewa tersebut dari Mas Rian, van itu kami tidak bayar terlebih dahulu, aku cakap akan bayar masa nak pulangkan nanti.
Oeh itu, semua kad pengenalan kami diserahkan pada Mas Rian sebagai cagaran. Lantaklah, sebab IC Malaysia bukannya laku di negara orang, yang penting passport. Huhuhu.
Tanpa membuang masa, kami terus masuk ke dalam van dan terus menuju ke kedai jual sim card. Wajib beli sebab kami perlukan Internet untuk mengakses Waze, kalau tidak boleh sesat kami dibuatnya.
Beli Sim Card Telkomsel harga IDR 90k siap internet 4GB sebulan. Cukup la tu, 3 hari sahaja bukannya sebulan. Sim ni pun kami berkongsi Internet 7 orang. Aku buat hotspot bagi semua boleh connect internet.
1.00 p.m : Dapat internet terus buka waze, menuju ke Gunung Andong yang terletak di Magelang. Jarak dari Terminal Airport ke Gunung Andong adalah 80 KM iaitu kira-kira 2 Jam 10 Minit.
Isi minyak full tank total IDR 219k di stesen minyak yang berdekatan sebelum terus memecut ke Gunung Andong.
Oh ya, di sini memang banyak penjual jalanan, bilamana kami berhenti je di traffic light, datang berduyun-duyun 3 ke 4 orang penjual jalanan menyuruh membeli barangan jualan mereka.
Kami yang sememangnya hati batu dan hati keras, terus tutup tingkap rapat-rapat dan kuncikan kereta sambil buat muka seposen. Huhuhu. Maaflah, kami datang sini pun cukup-cukup bajet ja.
3.00 p.m : Berhenti tepi jalan makan lunch Nasi Rames Warung Bu Diah di sempadan Tegalrejo.
Nasi Rames adalah satu hidangan khas Indonesia yang berupa nasi putih yang dicampur dengan berbagai lauk misalnya telur dadar yang dihiris, tempe orek, bihun, ayam, dan sebagainya.
Makna tengahari kami masing-masing semuanya sama menu, Nasi Rames dan Air Teh O ais 7 orang semuanya berjumlah IDR 120k. Selesai makan kami meneruskan perjalanan.
4.00 p.m : Tiba di Base Camp Gunung Andong, parking van di tempat parking.
Kami dikehendaki membayar permit mendaki seorang IDR 4k dan mengisi form maklumat peribadi kami sebagai langkah berjaga-jaga andai terjadi sesuatu musibah berlaku menimpa kalangan kami.
Selepas itu kami bersiap-siap menukar pakaian untuk mendaki dan membawa barang-barang yang perlu dibawa untuk bermalam di puncak Gunung Andong. Sesi regangan bermula yang diketuai Abam Sado kita.
5.00 p.m : Bermulanya pendakian Gunung Andong. Ok, kenapa Gunung Andong? kenapa tidak gunung-gunung lain?
Begini, Gunung Andong merupakan gunung kecil namun memiliki sejuta pesona. Panorama di puncak menyajikan gunung-gunung perkasa yang ada di Jawa Tengah.
Gunung Andong adalah gunung yang dikelilingi gunung-gunung besar seperti Gunung Merbabu,Merapi, Sumbing, Sindoro, Ungaran, dan Telomoyo.
Tinggi maksima Gunung Andong hanya 1.726 mdpl. Jika kami mendaki gunung tinggi-tinggi, rasanya esok kami tidak mampu berjalan lagi, hahaha.
Meskipun demikian, mendaki Gunung Andong tanpa persiapan adalah hal yang kurang bijak. Untuk sampai ke puncak kita memerlukan hampir 3 jam.
Trek Gunung Andong permulaannya agak landai tetapi bila hampir ke puncak ianya sangat curam. Untuk yang belum terbiasa mendaki gunung, hal ini akan cukup merumitkan.
Gunung Andong ini mempunyai 3 Pos sebelum sampai ke puncaknya, kami berhenti rehat setiap pos tersebut. Sebelum pos 1 kami disajikan pokok-pokok pinus, cantik sangat. Tenang sekali.
Sebab itulah kami tidak pergi ke Wisata Hutan Pinus, kerana di sini pun lebih kurang ja. Hehehe.
Sepanjang pendakian kami ketika itu amat gelap kerana sudah malam, hanya ditemani lampu suluh yang kami bawa.
Di sini, jam 6.00 petang sudah gelap seperti jam 7 malam. Beberapa kali kami tergelincir akibat kurang cahaya dan juga batu tanah yang licin.
Bila sampai di persimpangan ke puncak Gunung Andong ini ada Makam seorang tokoh penyebar agama Islam yakni makam Kyai Abdul Faqih (Joko Pekik).
Oleh itu, jangan lupa ziarah dan sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Di situ juga berdekatan dengan mata air, jika ingin mengambil bekalan air bolehlah ambil disitu.
8.00 p.m : Tiba di puncak, masing-masing menjerit kepuasan, masakan tidak, sudah la mendaki dalam keadaan gelap gelita, bertambah dengan kaki krem dan cuaca yang sangat sejuk dan dingin sekali.
Sejuk terketar-ketar kami dibuatnya, aku sendiri pakai 3 lapis baju. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah di situ, semuanya ada 4 khemah. Satu khemah dua orang.
Selesai memasang khemah, kami memasak daging burger dan sosej cheese atas dapur gas outdoor yang kawan bawa.
Memang sedap makan bila tengah sejuk dan penat ni. Hehe. Makan menu macam itupun cukup membuatkan kami kenyang. Alhamdulillah.
Kemudian, kami jerang air panas dan buatkan white coffe yang dibawa dari Malaysia, fuh nikmat tak terkata, layan.
Perkara paling aku tidak suka apabila perut buat hal di puncak gunung, mana mau cari tandas kat sini? Hahaha, jadi, terpaksalah aku mencari port baik punya yang jauh dari tempat perkhemahan, dengan berbekalkan air sebotol dan tisu basah akhirnya perjuangan aku selesai dan merasa kepuasannya. Sekurang-kurangnya ada juga peninggalan dari aku di sana. Hahahahahha.
11.00 p.m : kami tidur dalam khemah masing-masing dan menanti waktu esok untuk menikmati sunrise yang kononnya sunrise paling cantik di Indonesia.
Total hangus Hari Pertama :
SimCard Telkomsel : IDR 90k (IDR 15K per pax)
Minyak Van penuh tangki : IDR 219k
(IDR 31,285k per pax)
Makan tengahari Nasi Remes/teh o ais : IDR 120k (IDR 17,143k per pax)
Permit mendaki Gunung Andong : IDR 4k per pax
Total hangus :
IDR 67,428k per pax (RM21)

No comments:

Post a Comment

MINANGKABAU TRIP

Minangkabau ialah tempat yang terbaikuntuk dilawati.. Jom kenali Minangkabau