TARIAN SINGA
Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional
dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh
dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan
kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum
singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas
pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. Dua tarian
singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian
Singa Selatan"Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih
banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.Tarian Singa Selatan
menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar.
Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk
membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian
Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang
lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
Disediakan oleh
Goh Hong Li
No comments:
Post a Comment